SEKAPUR SIRIH

Sekolah Kebangsaan Bangingod telah ditubuhkan pada 10 Mac 1972. Sejarah awal bangunan sekolah ini telah dibina oleh masyarakat kampung Bangingod dengan kerjasama setempat di bawah bantuan dan tajaan Kementerian Pelajaran (Pendidikan). Ianya dibina di dalam kawasan perkebunan masyarakat kampung tersebut. Pada awal detik penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan dan di bawah pentadbiran seramai dua orang tenaga pengajar sahaja. Ketika itu, jumlah murid hanya mencecah seramai 62 orang murid yang mana terdiri daripada 22 orang murid lelaki dan 40 orang murid perempuan. Walaupun di bawah tajaan Kementerian Pelajaran ( Pendidikan ) namun pelopor pengasas dan juga nadi penggerak akan penubuhan sekolah ini ialah seorang anak tempatan ketika itu menyedari akan kepentingan berilmu pengetahuan serta ingin melihat masyarakat di kampungnya mengecapi rentak kehidupan yang setanding dengan masyarakat maju yang lain. Beliau ialah Encik Salapudin Bin Balang. Menurut sumber yang diperolehi iaitu dari seorang guru Sekolah Bangingod, En. Silvester Bin Joseph, beliau mengatakan bahawa perkataan “ Bangingod” adalah berasal dari nama suku kaum orang Bajau iaitu “ Bangingi”. Manakala “god” pula bermaksud “bagus”.Kebanyakan penduduk di kampung Bangingod berketurunan Bajau. Kaum Bajau terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bajau Bangingi dan Bajau Ubian. Pekerjaan suku kaum Bajau Bangingi ialah nelayan. Ada juga setengah daripada mereka yang menanam sawit. Begitu juga dengan suku kaum Bajau Ubian. Ada yang menangkap ikan di laut. Ada juga yang mengerjakan ladang sawit. Makanan asasi kaum bajau ialah ubi kayu atau lebih di kenali di kalangan mereka sebagai “ putu”. Sekolah Bangingod terletak di kawasan luar Bandar. Jarak dari sekolah ke bandar Lahad Datu ialah 90 kilometer. Ia juga berdekatan dengan kampung-kampung lain seperti Kampung Aru, Kampung Tulibas Besar, Kampung Tulibas Kecil dan Bandar Anjung Teduh (Gugusan Felda Sahabat) yang mana rata-ratanya adalah kampung asal dan tempat tinggal murid-murid yang bersekolah di sini. Kini, keluasan keseluruhan SK Bangingod ialah 4.38 ekar bidang tanah yang terdiri daripada tiga blok bangunan, iaitu meliputi enam bilik darjah dengan dikongsi bersama satu bilik agama, satu bilik guru, satu pusat sumber dan bilik pemulihan. Satu blok bangunan pra-sekolah yang baru beroperasi padamawal tahun 2008. Bilik akses dan bilik ICT yang digunapakai sementara sebagai Kelas tahun 2. Selain itu, terdapat juga satu bangunan pentadbiran. Rumah guru juga ada disediakan di sekolah ini tapi semuanya dalam keadaan yang uzur ban merbahaya untuk di tinggal. Pada masa yang sama ada rumag guru yang baru di bina bagi menambah rumah guru yang sedia ada. Jumlah keseluruhan murid sekarang adalah seramai 87 orang murid dan sekolah ini adalah dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Tenaga pengajar di sekolah ini adalah seramai 12 orang guru termasuk guru besar, 1 pembantu guru pra-sekolah, dan seorang kakitangan bukan mengajar. Sekolah ini adalah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu dan berikut adalah senarai guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini : Bil. Nama Guru Besar 1. En. Sutrisno Bin Paijo 1972 Hingga 1973 2. En. Sulaiman Bin Suyau 1974 Hingga 1975 3. En. Ahmad Bin Alang Laut 1976 Hingga 1978 4. En. Maidin Bin Ghaffar 1979 Hingga 1988 5. En. Rajid Bin Haji Abd.Rashid 1988 Hingga 2005 6. En Silvester Bin Joseph 2005 Hingga 2007 7. En. Johore Bin Parijar 2007 Hingga 2012 8. En. Harun Bin Mada Ali 2012 Hingga KINI

No comments:

Post a Comment